REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

 




Salam sejahtera ucapkan kepada semua. Berikutnya merupakan ahli kumpulan yang menjayakan blog ini. 


KETUA KUMPULAN

SHARIFF MUHAMMAD AIMAN BIN SHARIFF TAIB

D20211100570

AT55 - IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI



AHLI KUMPULAN

EMILY LAU ZHI QING

D20211100499

AT50 - IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA CINA DENGAN PENDIDIKAN


PHANG YI TING

D20211100509

AT50 - IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA CINA DENGAN PENDIDIKAN


CHAI CHAU LIN 

D20211100515

AT50 - IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA CINA DENGAN PENDIDIKAN



___________________________________________________________________________________


ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM, POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN. 


REKA BENTUK KURIKULUM

  1. Tyler menyatakan reka bentuk kurikulum merupkan suatu alternatif prosedur dalam merangka (designing), menerapkan (implementation) dan menilai (evaluation) suatu kurikulum pada tahun 1949.

  2. Model kurikulum: Model Rasional atau Objektif Tyler merupakan model klasik dan digunakan secara rawak dalam bidang perkembangan kurikulum.



Klasifikasi Model Reka Bentuk Kurikulum

Klasifikasi

Pelopor

Ciri-ciri



Model Rasional/Objektif


i.  Tyler

ii. Taba


Logik linear:

Tujuan ditentukan ➡ Cara diusahakan ➡ matlamat ditetapkan




Model Berkitar



i.  Wheeler

ii. Nicholls &

 Nicholls

iii. Mac Donald



Logik dalaman saling berkait:

Menekankan penyelesaian masalah & saling hubungan sistem





Model Dinamik/ Interaksi



i.  Zais

ii. Walker &  

 Skillbeck

iii. Saylor &

  Alexander

iv.  Goodlad


 

Logik linear

Integrasi pelbagai pembolehubah dasar dan pembolehubah komponen.




     

POLA KURIKULUM

 

 

Rajah 1.1 Pola reka bentuk kurikulum


Pola Reka Bentuk


Penjelasan


Contoh






Kurikulum Sebagai Perancangan


1) Kementerian Pendidikan Malaysia membentuk kurikulum dan penting untuk dilaksanakan oleh setiap pendidik.

2) Pendidik mesti mentafsir, menterjemah dan melaksanakannya berpandukan Dokumen Standard Kurikulum (DSKP) sebagai panduan pengajaran.

3) Rancangan pengajaran pula berpandukan   topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran.

 


1)  DSKP untuk mata pelajaran.

 

2)  Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).

 

3)  Rancangan Pengajaran Harian (RPH).



Kurikulum Sebagai Objektif

 



Objektif yang ditetapkan haruslah selaras dengan keperluan murid, masyarakat serta pandangan pakar dalam bidang yang berkaitan mengenai falsafah dan matlamat pendidikan.



1)  Matlamat/Objektif mata pelajaran.

2)  Standard pembelajaran

 


Kurikulum Sebagai Proses

 


Merupakan interaksi di antara guru, murid, bahan dan pengetahuan tetapi bukan bersikap fizikal.



Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.



Kurikulum Sebagai Hasil / Out Come

 


Boleh melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan rakyat yang boleh memenuhi aspirasi negara.



Keberhasilan pembelajaran mengikut domain kognitif, afektif dan psikomotor.




ORIENTASI REKA BENTUK KURIKULUM

Rajah 1.2 Orientasi reka bentuk kurikulum


Orientasi

Penjelasan

Contoh





i. Kurikulum Berpusatkan Pelajar

 


  • Fokus kepada potensi murid. 
  • Pengajaran mengikut minat murid.
  • Organisasi kurikulum adalah berorientasikan aktiviti dan membina pengalaman pelajar dari segi minat, keperluan, dan tujuan.
  • Pembinaan insan.
  • Kurikulum bersifat terbuka kepada murid dalam mereka bentuk kurikulum.


1. Kurikulum 

Sekolah Sukan

(Bukit Jalil,

 Bandar

Penawar)

2. Kurikulum

Sekolah Seni  

(Kuala Lumpur,       Sarawak, Johor)







ii. Kurikulum Berpusatkan Akademik


  • Menekankan pengetahuan,nilai dan warisan budaya.
  • Berorientasikan kepada subjek dan pengetahuan.
  • Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek.
  • Kurikulum berpusat isi kandungan.
  • Pengajaran berfokus melibatkan proses mengingat & memahami.
  • Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut topik).
  •  Susunan :  
  1. Menegak : ikut tahap kesukaran, mudah → sukar. 
  2. Mendatar : hubungan antara disiplin ilmu.

 


  1. Reka bentuk mata      pelajaran pelbagai. 
  2. Reka bentuk  disiplin.
  3. Reka bentuk  “Broad Field”. 
  4. Reka bentuk  korelasi.








iii. Kurikulum Berpusatkan Masyarakat


  • Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat.
  • Berasaskan pemikiran bahawa manusia sebagai insan yang perlu hidup bersama dan menjalani kehidupan bersama walaupun mempunyai perselisihan faham.
  •  Isi kurikulum yang berbentuk masalah sosial atau persekitaran.
1. Mendatar : Merentas pelbagai disiplin ilmu.

2. Menegak : Keupayaan dalam menyelesaikan masalah.

3. Kurikulum berpusatkan masyarakat boleh mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial dengan alam sekitar. Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah (PBL).

4. Murid mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti, memahami, menganalisis, dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan.



  1. Memberi fokus kepada masalah dalam hidup.
  2. Reka bentuk situasi kehidupan.
  3. Reka bentuk pembangunan semula masyarakat.



iv. Kurikulum Eklektik


Gabungan keseluruhan kurikulum : Reka bentuk kurikulum yang berorientasikan murid, akademik dan masyarakat.


  1. Ilmu dan keterampilan. 
  2. Potensi          individu dan menangani masalah.



___________________________________________________________________________________


ANALISIS PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN DARI DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL.


PRINSIP ORGANISASI

    Prinsip organisasi dalam reka bentuk kurikulum standard kebangsaan terdapat 5 prinsip utama yang diletakkan mengikut dua dimensi iaitu dimensi menegak dan dimensi mendatar. Prinsip ini adalah untuk menjadikan susunan kandungan kreatif dan menyeluruh bagi mencapai matlamat kurikulum seperti yang telah ditetapkan. Antara prinsip penyusunan kandungan dalam dimensi menegak ialah prinsip kesinambungan dan prinsip unrutan manakaka prinsip integrasi, prinsip skop dan prinsip imbangan terapat dalam prinsip penyusunan kandungan dalam dimensi mendatar.

Hubungkait dari dimensi menegak dan dimensi mendatar dapat dilihat dalam rajah di bawah:


Rajah 1.3 Prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum


DIMENSI MENEGAK

    Dimensi menegak memberi maksud kepada susunan kandungan secara menegak. Dimensi menegak merupakan dimensi yang menggambarkan hubungan berkaitan dengan peraturan pengalaman belajar dalam bidang yang sama dan dikaitkan dengan pertimbangan urutan waktu dalam satu kelas ke kelas berikutnya. 

    Prinsip-prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum yang terdapat dalam dimensi menegak adalah seperti dinyatakan dalam jadual di bawah:


PRINSIP DIMENSI MENEGAK


KETERANGAN










Kesinambungan / Kotinuiti

  • Prinsip kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh pelajar sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. 
  • Kurikulum yang sempurna memiliki kesinambungan yang lancar dengan dimulai dari peringkat yang paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikan untuk meneroka pada tahap yang lebih tinggi. 
  • Kurikulum dimanipulasi untuk memastikan terdapat kesinambungan antara satu peringkat pembelajaran dengan peringkat yang berikutnya.
  • Objektif atau kandungan yang penting harus sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan pelbagai kaedah dan langkah supaya ia dapat dipelajari secara menyeluruh.






 Urutan / Sekuen

  • Prinsip urutan atau Principle of Sequence merupakan jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu.
  • Pembelajaran disarankan hendaklah secara berterusan dan berturutan dengan bedasarkan pengalaman lalu supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih  mendalam.

 


DIMENSI MENDATAR

    Dimensi mendatar membawa maksud kepada susunan kandungan secara sebelah-menyebelah. Dalam erti kata lainnya, dimensi mendatar merangkumi kandungan pembelajaran untuk satu subjek menyebelah atau sealiran dengan satu lagi subjek dari segi konten dan penilaian. Hasil yang sama akan dikumpulkan kepada satu tema dan topik dengan menentukan skop kandungan kurikulum secara mendatar atau sealiran. Selain itu, dimensi mendatar merupakan susunan isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran yang baharu.

    Prinsip-prinsip yang terdapat dalam dimensi mendatar adalah seperti dinyatakan dalam jadual di bawah:


PRINSIP DIMENSI MENDATAR


KETERANGAN



   Integrasi / kesepaduan

  • Prinsip integrasi atau Principle of Integration menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran akan lebih bermakna dan menyeluruh. 
  • Integrasi dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum seperti bahasa, ilmu, kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif dan keusahawanan.



Skop

  • Prinsip skop adalah berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan dalam kurikulum dan pengajaran.
  • Keluasan dan kedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap pelajar menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif.


Imbangan

  • Dalam prinsip imbangan kandungan, kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan adalah dirujuk dengan objektif yang ingin dicapai.
  • Setiap aspek harus seimbang dalam reka bentuk kurikulum.



___________________________________________________________________________________


MODEL KURIKULUM TYLER

Model Kurikulum Tyler telah diperkenalkan oleh Ralph Tyler pada tahun 1949. Model Kurikulum Tyler dianggap sebagai model klasik dan ia juga merupakan model kurikulum yang terawal dan banyak digunakan dalam usaha perkembangan kurikulum Malaysia. Menurut Ralph Tyler, kurikulum merupakan seluruh  pengalaman belajar yang direncanakan dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai tujuan pendidikannya.

 

PENGALAMAN PEMBELAJARAN

DEFINISI

Pengalaman pembelajaran merujuk kepada hubungan antara murid-murid dengan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh disalurkan berdasarkan keterlibatan pendengaran, penglihatan, perbuatan, gabungan antara pendengaran dan penglihatan, penglibatan serta perbuatan. Pengalaman pembelajaran haruslah berbentuk konkrit serta senang difahami oleh murid-murid dalam sesi pembelajaran.

 

CIRI-CIRI

  • Setiap  pengalaman belajar harus memuaskan pelajar.
  • Kesinambungan: Pengulangan menegak dari segi aspek asas yang diutamakan dalam  kurikulum.
  • Urutan: Kaitan dengan kesimpulan. Ia amat menekankan kepentingan pembinaan pengalaman yang baru berdasarkan pengalaman yang terdahulu. Bukan begitu sahaja, ia juga mendalami perkara yang dikaji serta mempengaruhi setiap tahap pengalaman pembelajaran.
  • Integrasi: Perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh sebagai bantuan kepada murid agar dapat memperolehi satu pandangan yang bersepadu cara berunsur serta memastikan bahawa tingkah laku itu selaras dengan perkara yang dikaji.
  • Sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai.
  • Setiap rancangan pengalaman pembelajaran seharusnya melibatkan murid di atas sebab mempunyai kepentingan mampu  mencapai tujuan yang berlainan.


PELAKSANAAN

  • Mengesahkan isi kandungan untuk mencapai sasaran kurikulum berasaskan pengalaman yang telah dimiliki oleh para murid.
  • Bahan yang dipelajari disusun pada unit-unit yang dapat digambarkan.
  •  Urutan pembelajaran dapat memudahkan terhadap penilaian pembelajaran.
  •  Penyusunan pengalaman pembelajaran adalah secara dimensi menegak dan dimensi mendatar.




APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER DALAM PROSES PEMBINAAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR.

Menurut Ralph Tyler, terdapat empat komponen asas dalam Model Kurikulum Tyler sebagai fundamental untuk mengembangkan kurikulum bagi tujuan membina pengalaman belajar para pelajar.

 

Rajah 1.4  Empat komponen asas Model Kurikulum Tyler



__________________________________________________________________________


REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA. 


PRINSIP OPERASI KURIKULUM KEBANGSAAN

Akta Pendidikan 1996 menyatakan kurikulum kebangsaan sebagai suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Program ini merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan. Tujuannya adalah untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum yang dilaksanakan berupa kurikulum kebangsaan kerana Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum kebangsaan yang dibentuk ini mempunyai peranan luas iaitu:
 
1.     Penyebaran ilmu pengetahuan.
2.     Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni.
3.     Pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
4.     Melahirkan tenaga kerja berilmu, mahir dan kreatif.
5.     Perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, rohani, emosi dan jasmani).
 

    Peranan-peranan ini perlu diuruskan dan dikawal sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Kurikulum kebangsaan ini juga dilaksanakan kerana beberapa faktor seperti keadilan, keseragaman, perancangan, pengurusan pemantauan, dan peruntukan. Perkara ini dapat digambarkan seperti rajah di bawah.

Rajah 1.5 Kurikulum kebangsaan


Perancangan kurikulum merupakan kaedah pembentukan kurikulum berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perancangan ini dilakukan dengan menetapkan Visi dan Misi, menentukan matlamat dan objektif, serta mengorganisasikan kurikulum. Perancangan kurikulum ini akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada beberapa peringkat. Misalnya, pelaksanaan kurikulum ini dilaksanakan di peringkat bilik darjah, peringkat sekolah, peringkat daerah, peringkat negeri, dan peringkat pusat. Seterusnya, pelaksanaan kurikulum ini akan dinilai semula. Tujuan penilaian ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan kurikulum yang telah dilaksanakan. Kemudian, penilaian ini akan mendapat maklum balas daripada beberapa pihak untuk membuat penambahbaikan. Jika maklum balas kurang memuaskan maka pihak kementerian akan mereka bentuk semula perancangan kurikulum untuk ditambah baik. Perkara ini dapat diringkaskan seperti dalam rajah di bawah.


Rajah 1.6 Prinsip operasi reka bentuk kurikulum Kebangsaan 



RUMUSAN

Hasil kurikulum yang digubal membentuk kualiti akhir pelajar, kualiti kurikulum, dan tanggapan masyarakat setempat dan masyarakat dunia terhadap program dan institusi. Semua pihak yang terlibat dengan kurikulum yang dibentuk perlu mendapatkan benchmark sendiri untuk setiap subjek/ bidang supaya kurikulum yang ditawarkan tidak ketinggalan di peringkat negara dan di peringkat antarabangsa. Sebagai rumusan, terdapat dua aliran kuat di dalam interpretasi dan amalan pengajaran dan pembelajaran yang mempengaruhi isi dan struktur kurikulum iaitu objektivis dan konstruktivis. Terdapat juga kurikulum yang tersembunyi di dalam kurikulum yang dibina. Tugas setiap pendidik ialah menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah, misi, visi, dan amalan yang telah dipilih dan memaksimumkan koherens serta kesan-kesan positif dari kurikulum tersembunyi. Faktor-faktor ini mencorakkan kurikulum yang direka dan menentukan hasil akhir yang diperolehi.




SEKIAN, TERIMA KASIH !




Comments